Berita Terkini
recent

Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf

AKTRES, Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur tepat jam 3.19 petang.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, dan Raf Yaakob, 32, dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Raf menyerahkan mas kahwin RM900 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan dari pihak perempuan.

Menerusi majlis akad nikah bertemakan Jawa itu, Mawar nyata tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan gembiranya kerana majlis akad nikah telah pun selamat disempurnakan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang kami harapkan. Hari ini merupakan momen paling bermakna buat kami berdua. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sampai bila-bila.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal hingga akhir hayat,” kata Mawar kepada Sinar Harian.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf iaitu Datuk Yaakob Mohammad.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.