Berita Terkini
recent

"Saya Tidak Akan Sorok" - Fattah Amin

Aktor popular Fattah Amin masih lagi terus bermain teka-teki berhubung isu umrah dan pertunangan dengan Fazura yang heboh diperkatakan netizen.



Menerusi laporan Harian Metro, bintang drama Hero Seorang Cinderella ini akan berangkat ke Makkah bersama keluarganya untuk menunaikan umrah pada 15 November ini.

"Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri.

"Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,"katanya.

Terdahulu, netizen mendakwa pasangan itu akan mengikat tali pertunangan pada Fattah dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.

Namun, Fattah enggan mengesahkan soal umrah mahupun mengenai tarikh pertunangannya dengan Fazura.

"Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja.

"Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.