“Saya Tahu Ramai Terkejut” – Farah Nabilah

PELAKON Farah Nabilah meluahkan rasa sedih bercampur gembira apabila rakan baiknya, Izara Aishah akhirnya bertemu dengan cinta sejati.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 25, berkata perasaan itu timbul disebabkan mereka sudah berkawan baik lebih dari 10 tahun.

"Mestilah saya rasa sedih lihat kawan dari kecil sudah bergelar isteri. Tapi sedih bercampur gembira.
"Akhirnya Izara jumpa dengan cinta sejatinya. Kami sudah berkawan lebih dari 10 tahun.

"Saya dan dia pernah bersekolah sama dan sehingga sekarang hubungan rapat seperti adik-beradik," kata Farah .

Pada malam pernikahan Izara yang berlangsung pada Jumaat, Farah turut mendapat perhatian pengguna laman sosial yang berkongsi fotonya.

Rata-rata peminat tidak menyangka hubungan Farah dan Izara begitu baik sehingga pelakon Titian Cinta itu dijemput menjadi pengapit.

Menurut Farah, dia dan sahabatnya yang sudah menjadi isteri kepada Adib Khalid itu jarang berkongsi kisah peribadi mengenai hubungan mereka di laman sosial.

"Saya tahu ramai yang tak sangka dan terkejut melihat saya menjadi pengapit Izara pada malam itu.

"Sebab tak ramai yang tahu kami berdua sudah lama berkawan. Lagipun kami memang jarang dan tak suka kongsi kisah peribadi di laman sosial," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Farah akan memasuki set penggambaran drama terbaru pada bulan Januari.

Kata Farah, buat masa ini dia sibuk menghadiri jemputan majlis atau acara serta sesi fotografi sahaja.
"Saya baru habis penggambaran telemovie Adam dan Hawa 2 dan insya-Allah akan masuk semula set drama pada Januari tahun hadapan.

"Buat masa sekarang saya sibuk memenuhi jemputan acara atau majlis serta sesi fotografi," katanya.


“Saya Tahu Ramai Terkejut” – Farah Nabilah “Saya Tahu Ramai Terkejut” – Farah Nabilah  Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.