Berita Terkini
recent

"Saya Lega Selepas Dua Tahun Hidup Terganggu" - Maria Farida

Pelakon jelita Datin Maria Farida, 48, lega apabila kes saman malu terhadap ahli perniagaan kosmetik, Hadijah Mohamed Mokthar berpihak kepadanya di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, semalam.

Memetik laporan Utusan, Maria memfailkan tuntutan saman pada tahun 2015 atas dakwaan memfitnah, ugutan dan mengganggu kehidupan peribadinya.

Hadijah yang merupakan bekas isteri suaminya, Datuk Rahman Shakur didakwa berterusan melemparkan fitnah memalukan dirinya di laman sosial semenjak aktres itu mendirikan rumah tangga.

"Saya tidak boleh berkongsi berapa tuntutan yang pihak di sebelah sana perlu bayar sebagai ganti rugi kepada saya. Kena tunggu kertas kerja dari pihak guaman siap baru boleh tahu lebih lanjut.

“Alhamdulillah, keputusan mahkamah tadi benar-benar buat hati saya lega. Saya harap selepas ini dia tidak lagi mengganggu kehidupan harian saya,” katanya.

“Dua tahun saya hidup dalam keadaan terganggu dan kini saya berasa sangat lega,” katanya lagi
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.