Berita Terkini
recent

'Saya dah tak kisah, janji saya bahagia'

SERING tampil berkaca hitam, Haqiem Rusli menyatakan itu salah satu cara untuk menghilangkan rasa gemuruh di atas pentas (stage fright).

Bahkan, tanpa berselindung, penyanyi berusia 19 tahun ini mengakui ia adalah titik kelemahannya.

"Jujurnya, kalau tak ada speck mata hitam ini, saya agak goyah.

"Bukan saya tak pernah cuba, dah cuba, tapi persembahan saya memang tak memuaskan sampai suara pun jadi sumbang," katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, pelantun lagu Segalanya ini turut beranggapan penggunaan kaca mata hitam dan sarung tangan menunjukkan identitinya.

"Saya mahu semua orang tahu inilah trademark saya," katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berjaya menepis dakwaan netizen yang menyatakannya tidak mampu untuk menyanyi secara langsung (live).

Ini kerana lagu nyanyiannya, Tergantung Sepi, ciptaan Gouffran dan Ibnu layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang dijadualkan berlangsung, pada Februari depan.

"Saya anggap netizen yang kutuk-kutuk ni sebagai busuk hati dan tak suka tengok orang bahagia.

"Saya dah tak kisah mereka nak kutuk-kutuk saya, janji saya bahagia. Sebab yang kutuk-kutuk ni pun, mereka tak dapat apa pun. Saya pun dah maafkan mereka awal-awal lagi," katanya.

Berbicara mengenai AJL32, Haqiem mengakui mencuba membawa sesuatu yang berlainan dalam persembahannya agar ia kelihatan lebih segar.

"Dah tentu saya gembira dapat mara ke peringkat akhir dan ia pencapaian yang sangat bermakna.

"Insya-ALLAH, saya akan buat susunan, konsep dan jalan cerita segar khas buat AJL. Tunggu sajalah nanti," katanya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.