Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan cuba nasib jadi penyanyi


SELAIN berlakon, Saharul Ridzwan turut mencuba nasib sebagai penyanyi.

Selebriti berusia 28 tahun ini tampil sebagai rapper menerusi percubaan pertamanya, Buku Putih terbitan Wake The Baby Records.



Lebih menarik, lagu itu juga merupakan hasil ciptaan Saharul sambil dibantu oleh penyanyi dan komposer, Ajai.

“Ilham untuk membuat lagu tercetus secara tak sengaja. Kebetulan, saya juga baru selesai berkolaborasi bersama Wake The Baby Records untuk satu kempen minuman.

“Ia buat saya jadi lebih rapat dengan Ajai, namun bukanlah dalam nada yang serius. Tapi, apabila bertemu, idea itu terus dibincang dan akhirnya menjadi realiti,” katanya pada Sinar Harian.

Menyedari masih ‘hijau’ dalam bidang nyanyian, pelakon Hati Perempuan ini mengakui mengambil masa hampir dua bulan untuk menyiapkannya.

“Lagipun, saya juga sibuk di lokasi penggambaran drama.

“Alhamdulillah, proses mixing mixing dan mastering berjaya diselesaikan keseluruhannya, Oktober lalu,” katanya.

Kini, Saharul sedang merancang untuk melancarkan single ini dalam tempoh terdekat.

“Saya juga sedang dalam proses menyiapkan cover single ini,” katanya.

Katanya, susunan muzik disempurnakan oleh Mac Chew dan manakala mastering pula di lakukan Don Bartley di Australia.

Bartley juga merupakan individu penting yang bertanggungjawab melahirkan album Mariah Carey, Sheila Majid, Dayang Nurfaizah dan Ajai.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.