Berita Terkini
recent

Ryan Reynolds Kongsi Foto Isteri Jadi Gelandangan di Dublin

Dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti yang paling romantis di dunia Hollywood, tidak hairanlah Ryan Reynolds dan Blake Lively sentiasa menjadi tumpuan umum.

Setiap kali tampil di khalayak, pasangan yang rasmi bergelar suami isteri sejak tahun 2012 ini selalu mendapat pujian kerana imej dan busana yang digayakan mereka.

Namun, baru-baru ini Blake mengejutkan peminat apabila dia muncul dengan penampilan yang sangat berbeda. Lari daripada imej glamor dan mewah, aktres berambut Blonde ini berpakaian tidak ubah seperti seorang gelendangan.

Keadaan Blake itu sempat dirakam paparazzi ketika dia muncul di tengah ibu kota Dublin pada 6 November lalu. Foto tersebut menunjukkan Blake berambut pendek, tanpa solekan dan mengenakan pakaian yang tampak lusuh iaitu jaket baju-t, seluar panjang serta beanie berwarna biru.

Menyedari isterinya menjadi bualan kalangan peminat, Ryan turut mengambil kesempatan 'mengusik' Blake.

Menerusi akaun Instagram miliknya, aktor berusia 41 tahun itu memuat naik salah satu foto Blake yang dirakam paparazzi berserta kapsyen, "#nofilter." Posting tersebut mengundang gelak tawa para pengikutnya.

..

Rupanya-rupanya penampilan Blake itu kerana menghidupkan wataknya dalam filem terbaharu, The Rhythm Section yang mana penggambaran dijalani di bandar itu.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.