Berita Terkini
recent

Rody (Kristal) Bakal Nikahi Penjaga Gol Futsal Kebangsaan

Menerusi laporan Harian Metro, gitaris kumpulan Kristal, Rody bakal menamatkan zaman bujangnya dengan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman, 30, pada April tahun depan.

Pasangan ini selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman Nur Izwani atau Niena di Kulai, Johor, semalam.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, 31, mula berkenalan dengan Niena menerusi Instagram sejak April lalu.

"Saya kenal Niena sebulan selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu. Pada mulanya saya 'follow' dia di Instagram. Sejam selepas itu, dia pula 'follow' saya.

"Sejak itu kami mulai berhubung menerusi 'direct message' di Instagram. Selama tiga minggu kami saling berbalas mesej sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa.

"Selepas saling mengenali, saya berasakan antara kami ada keserasian. Walaupun kami tidak mengisytijarkan bercinta, tetapi perasaan sayang dan cinta wujud secara semula jadi," katanya.

Katanya lagi, dia mula jatuh jati dengan gadis itu kerana Niena seorang yang pandai menjaga dan mengambil hatinya dan keluarga.

"Selain ketinggiannya, Niena seorang yang mudah mesra dan 'happy go lucky'. Kali pertama membawanya berjumpa keluarga saya, dia mudah mesra.

"Dia juga pandai menjaga saya terutama sentiasa mengingatkan soal pemakanan dan kesihatan. Dia juga selalu menggalakkan saya untuk bersenam bersama,” katanya.

Terdahulu, kisah mereka menjadi tular apabila Rody melamar Niena di Instagram pada September lalu.

Menurut Rody, perkara itu lahir secara spontan tanpa dirancang kerana ingin memberi kejutan kepada kekasihnya itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.