Ramai Wanita Mahu Hidung Macam Meghan Markle

Selepas Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan pertunangan mereka pada 27 November lalu, rata-rata wanita mula memberi tumpuan terhadap setiap gaya dan fesyen yang dikenakan oleh aktres 36 tahun itu.



Mereka mula obsesi dengan meniru semua butiran pakaian, rambut malah mengikut pakar bedah plastik, ada yang tertarik dengan struktur wajah bakal puteri ini.

"Pesakit mula datang kepada saya kira-kira enam bulan lalu meminta untuk membuat hidung Meghan Markle.

"Dia mempunyai hidung yang cantik, mancung tetapi bila diteliti tidak begitu sempurna. Dari profil, anda dapat melihat bahawa dia mempunyai tulang hidung kecil dan ke depan yang hampir tidak dapat dikesan apabila melihatnya," terang Stephen T. Greenberg, pakar bedah kosmetik yang berpangkalan di New York.

..

Bukan hanya hidung, bahkan tulang pipi dan rahang (jawline) juga antara bahagian yang disenaraikan para pesakit sebagai permintaan untuk pembedahan plastik.

Menurut Greenberg lagi, pengaruh Meghan Markle dalam trend pembedahan plastik semakin berkembang bahkan memintas Kim Kardashian dan Kylie Jenner yang selama ini menjadi permintaan untuk miliki wajah seperti mereka.
Ramai Wanita Mahu Hidung Macam Meghan Markle Ramai Wanita Mahu Hidung Macam Meghan Markle Reviewed by Kakigosip on 19:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.