Berita Terkini
recent

Rain masih berbisa atas pentas

MASIHKAH anda ingat fenomena 'Rainism' satu ketika dahulu yang membuatkan penyanyi Korea Selatan, Rain popular di serata dunia?

Kini, di umur 35 tahun, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon kekal berbisa di atas pentas.

Dalam satu Majlis Kpop Music Wave 2017 yang diadakan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, peminat dapat melepaskan rindu terhadap artis hallyu tersebut apatah lagi selepas bergelar ayah dan suami kepada pelakon Kim Tae-hee.

"Hai semua, anda sihat? saya sangat gembira dapat bertemu anda pada malam ini," katanya.

Menyanyikan beberapa lagu popularnya, dia juga kelihatan aktif dengan lenggok tari yang nyata memukau membuatkan para peminat bersorak.

Rain merupakan salah seorang penyanyi solo yang popular di Korea, tidak hanya itu, dia juga merupakan salah seorang pelakon popular di sana.

Antara drama lakonan yang menaikkan namanya adalah 'Full House' di samping pelakon Song Hye-Kyo, ' love to Kill' bersama Shin Min-ah  dan juga filem 'I'm a Cyborg, But That's Ok.

Dia kemudiannya debut di Hollywood untuk filem Speed Racer dan Ninja Assasin menjadikan dia salah seorang selebriti Korea Selatan yang menembusi industri luar negara ketika itu.

Awal tahun ini, Rain berkahwin dengan pasangannya, Tae-hee setelah lima tahun bercinta dalam satu majlis kecil-kecilan dan tertutup.

Mei lalu, pasangan tersebut mengumumkan kehamilan mereka dan mendapat anak perempuan yang dilahirkan hujung Oktober lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.