Berita Terkini
recent

Putus Asa Sebab Nama Tak Popular

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mengakui pernah terfikir mahu memberhentikan langkahnya dalam bidang seni kerana merasakan dirinya kurang popular berbanding artis seangkatannya.

Memetik laporan Kosmo! gadis berusia 23 tahun ini berkata sokongan keluarga dan kawan-kawan telah mengembalikan semula semangatnya untuk terus bergelar sebagai anak seni.

“Ketika itu saya mengalami banyak masalah termasuk hal peribadi, keluarga dan pelajaran. Apa yang ada di fikiran saya ketika itu adalah ingin berhenti menyanyi.

“Sebagai manusia, kita memang tidak boleh lari daripada masalah. Apabila ia terjadi pada diri saya ketika itu, saya banyak menangis dan pernah juga terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.

“Bagaimanapun, saya mempunyai pasukan sokongan yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan yang amat kuat. Mereka adalah alasan kuat, mengapa saya tidak harus mengalah sehingga hari ini,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaharu, Daiyan kini muncul dengan single berjudul Kita Manusia yang merupakan ciptaan Omar K serta lirik oleh tulisan sendiri.

Selain itu, filem pertama yang menampilkan dirinya sebagai teraju utama berjudul Busker bakal ditayangkan pada 11 Januari 2018.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.