Berita Terkini
recent

Polis Serbu, Hentikan Pasca-Parti Victoria Secret

Pertunjukan fesyen paling besar dan penuh glamor Victoria Secret yang berlangsung di Shanghai pada 20 November lalu telah menghimpunkan para supermodel A-List dunia. Antaranya Bella Hadid, Karlie Kloss, Candice Swanepoel, dan Adriana Lima.

Acara tahun ini lebih menjadi bualan hangat terutama kalangan peminat dunia fesyen ekoran video insiden model China, Ming Xi yang tergelincir ketika melakukan catwalk di runaway, menjadi tular sejak semalam.

Tetapi nampaknya bukan itu saja, kerana satu lagi kejadian berlaku iaitu acara post-party (pasca-parti) yang diadakan sejurus usai pertunjukkan tersebut telah diserbu pihak polis.

Memetik laporan Harper's Bazaar, acara pesta tersebut bermula sekitar pukul 9 malam waktu tempatan.

Namun kira-kira 10 minit menjelang waktu tengah malam, para model dan tetamu undangan yang sedang bersuka ria dikejutkan dengan kehadiran beberapa anggota polis. Malah muzik yang melatari suasana meriah malam itu turut dihentikan

"Mereka mahu kita hentikan pesta ini. Kami minta maaf, kami sudah mencuba," kata seorang wanita menerusi pembesar suara mengumumkan hal tersebut kepada semua tetamu yang hadir.

Bagaimanapun laporan menyebut, sehingga kini masih belum diketahui alasan mengapa pesta itu terpaksa dihentikan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.