Berita Terkini
recent

Pesona Balqis

Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 10, sekali lagi dicalonkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2017 (Asian TV Awards 2017).

Balqis yang menang Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014, kali ini dicalonkan menerusi telefilem Ana Anak Ibu yang disiarkan di Astro pada 13 Mei lalu.

Katanya, dia terkejut dengan pencalonan itu kerana menjangka Datin Paduka Umie Aida yang memegang watak utama akan dipilih.

“Saya sedikit kecewa apabila Umie Aida tidak dicalonkan kerana saya hanya pelakon pembantu. Saya mengharapkan Umie Aida dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik.

“Saya anggap ini rezeki. Alhamdulillah, ini juga pencalonan kedua saya pada acara berprestij ini,” katanya.


Balqis dicalonkan bersama pelakon hebat dari Asia, Chen Shu Fang (Taiwan), Aleeyah Nabilah (Singapura), Zhu Zhi-Ying (Taiwan), Yang Kuei-Mei (Taiwan), Zi-yu Yu (Taiwan) dan Krissy Jesudason.

Balqis yang pernah menang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di anugerah sama pada 2014 akui persaingan sangat hebat dan tidak meletakkan harapan untuk menang.

“Kalau ada rezeki adalah. Kalau tidak menang pun, saya bangga dipilih sebagai calon akhir. Ini satu lagi pencapaian tertinggi dalam kerjaya saya,” katanya.

Dalam Ana Anak Ibu, Balqis melakonkan watak Ana yang menghidap penyakit kronik barah tahap empat.

Pelakon lain yang menjayakan telefilem arahan Ghaz Abu Bakar ini ialah Khir Rahman, Aryanna Alyssa, Fauziah Nawi, Hazama dan Nazierah Amin.

Anugerah Televisyen Asia 2017 bakal berlangsung 1 Disember ini di Singapura.

Tiga tahun lalu Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik melalui drama Balqis arahan Erma Fatima menewaskan pelakon Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.