Berita Terkini
recent

Pesan Dari Tuhan, Hanyut ungguli ASK2017

DRAMA Pesan Dari Tuhan terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd berjaya menggungguli malam Anugerah Skrin 2017 (ASK2017).

Naskhah hebat arahan Erma Fatima itu dinobatkan sebagai Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak).




Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula dimenangi Azizah Mahzan dalam drama Terima Kasih Ramadan.

Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama digenggam oleh Hasnul Rahmat yang menunjukkan lakonan cemerlang menerusi Kapcai Ayah manakala Fasha Sandha pula mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk drama Terima Kasih Ramadan.

Sementara itu, dalam kategori filem, Hanyut membawa pulang anugerah bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle)

Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh Khir Rahman menerusi filem Rock Bro manakala  Sangeetha Khrisnasamy yang bertanding atas tiket filem Adiwiraku pula diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik, ia dimenangi oleh My Sweet Lavender manakala drama Budak Ijat terbitan Radius One Sdn Bhd pula diangkat sebagai Drama Komedi Terbaik.

Ellie Suriaty pula dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik.menerusi drama Papa Sayang.

Kategori Drama Rantaian Popular Media Sosial menyaksikan drama Pergilah Air Mata yang muncul sebagai pemenang.

ASK2017 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)

Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima

Lakon TV Terbaik: TV2: Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orange Tree Production Sdn Bhd)

Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Sayang Papa)

Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

Rancangan Majalah Terbaik: TV3: Misi K 2016 (Misi Kemanusiaan Pulau Cebu Filipina)

Rancangan Realiti Terbaik: TV3: MentorMilenia 2017 (Akhir)

Rancangan Anugerah Terbaik: TV3: Anugerah Juara Lagu 31

Filem Terbaik: Hanyut

Lakon Layar Terbaik: Hanyut

Pengarah Terbaik Filem: Uwei Haji Saari (Hanyut)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sangeetha Khrisnasamy (Adiwiraku)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Khir Rahman (Rock Bro)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Khalid Salleh (Hanyut)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Diana Danielle (Hanyut)
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.