Berita Terkini
recent

Persendakan Sungai Nil, Diva Pop Mesir Terima Padah

Diva pop Mesir, Sherine Abdel Wahab akan didakwa di mahkamah di negara ini kerana membuat kenyataan minum air Sungai Nil boleh memudaratkan dalam satu konsert di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.



Menurut sumber kehakiman, perbicaraan penyanyi itu ditetapkan pada 23 Disember ini atas tuduhan menjejaskan kepentingan awam.

Pengumuman itu dibuat selepas persatuan pemuzik Mesir, Musicians Syndicate mengharamkan penyanyi terbabit daripada membuat persembahan di negara ini selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan semasa konsert di UAE.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.