Berita Terkini
recent

Pergelangan Tangan Carrie Underwood Patah

Penyanyi Carrie Underwood kini sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumahnya di Nashville.



Juara American Idol 2005 itu dibawa ke hospital pada 10 November lalu selepas pergelangan tangannya patah dan mengalami beberapa kecederaan lain.

"Pada malam Jumaat llu, Carrie Underwood jatuh di luar rumahnya.

"Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Dia mengalami kecederaan termasuk patah pergelangan tangan dan beberapa luka terjatuh."

Terbaru, bintang berusia 34 tahun itu memgemaskini akaun media sosialnya dengan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya keprihatinan mereka terhadap dirinya.

"Terima kasih banyak untuk semua... Saya akan baik-baik saja ... mungkin mengambil sedikit masa ... gembira saya mempunyai suami terbaik di dunia yang menjaga saya," tulisnya.

Disebabkan kejadian tersebut Carrie terpaksa membatalkan persembahannya di konsert Rising Country di Bridgestone Arena di Nashville Ahad lalu.

Carrie popular menerusi lagu seperti Little Toy Guns, Heartbeat dan Dirty Laundry, dan mendapat menjual album lebih dari 750,000 salinan di Amerika Syarikat dan lebih 1 juta di seluruh dunia.

Pada tahun 2016, dia dianugerahkan penghormatan sebagai salah seorang Artist of the Year CMT menerusi lagu hits The Fighter berkolaborasi dengan Keith Urban pada Februari tahun ini.

Awal tahun ini Carrie mengumumkan dia memperlahankan sedikit akviti seninya kerana mahu menghabiskan masa bersama suami dan anaknya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.