Berita Terkini
recent

Pengalaman manis Danish

Usianya baru saja 14 tahun, namun mempunyai suara yang matang seperti lelaki dewasa memberi peluang kepada Danish Akasyah Zaimi tampil dengan single pertama.

Single berjudul Bukan Untuk Selamanya itu berkonsepkan balada dan sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio.

Gembira dengan perkembangan itu, remaja kelahiran Kangar, Perlis ini berharap kehadirannya dalam bidang seni suara diterima ramai.

Baginya usia muda inilah peluang untuknya mengembangkan bakat yang ada.

“Alhamdulillah, saya gembira ada single sendiri pada usia 14 tahun. Pastinya ia satu pengalaman manis buat saya.

“Saya masih baru dalam bidang ini dan berharap dapat meneroka lebih banyak jenis muzik yang ada,” katanya.

Berkongsi mengenai single itu, Danish berkata, sebagai penyanyi dia perlu mengetengahkan lagu bersesuaian dengan kehendak peminat.

Malah muzik yang berkonsepkan 90-an itu diyakini sesuai dengan jiwa pendengar sekarang.

“Lirik lagu ini senang dan tidak berat. Walaupun kisah cinta, ia mudah difahami pendengar.

“Saya mahu pendengar terhibur dan menerima lagu ini seperti mereka boleh menerima lagu lain,” katanya.

Masih berada di bangku sekolah, anak bongsu daripada dua beradik ini berharap pelajaran dan nyanyiannya berjalan seiring.

Malah sokongan kuat ibu bapanya antara sebab dia begitu bersemangat untuk mempromosikan Bukan Untuk Selamanya.

“Saya masih bersekolah seperti biasa. Jadual seni banyak dibantu ibu dan ayah. Biasanya saya hanya memenuhi undangan persembahan pada hujung minggu dan waktu malam.

“Jadi saya boleh susun jadual belajar dan fokus dengan komitmen di sekolah,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.