Berita Terkini
recent

Peminat Menangis ‘Titian Cinta’ Tamat

NAMPAKNYA penonton masih belum boleh move on dengan impak drama Titian Cinta lakonan pelakon Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram kedua-dua pelakon utama ini, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih kerana drama tersebut sudah berakhir pada Isnin lalu.

"Setelah tujuh minggu, kita sudah di penghujung Titian Cinta, terima kasih kepada anda semua yang menyokong dan menjadikan ia trending setiap hari. Kamu semua mengagumkan," tulis Zul Ariffin di laman Instagram dengan lebih 100,000 tanda suka diberi peminat.

"Adakah bahagia milik Aisy dan Harris? Jangan lupa saksikan okay, sedihnya," tulis Farah Nabilah di Instagramnya pula sebelum siri akhir itu disiarkan.

Foto yang dimuat naik oleh Zul dan Farah itu mendapat ribuan komen daripada peminat yang berharap agar karya tersebut dilanjutkan tayangan.

Farah Nabilah ketika dihubungi  meluahkan rasa terharu dengan sambutan penonton terhadap drama arahan Heykal Hanafiah itu.

Farah, 25, berkata dia menerima banyak mesej daripada penonton yang mahukanmya disambung semula.

"Sedih bila drama ini sudah berakhir dan ramai yang masih mahu menyaksikan babak lakonan kami.
"Ada komen penonton yang menangis kerana drama ini sudah tamat dan saya sangat terharu dengan sambutan yang diberi.

"Alhamdulillah, usaha keras semua pihak membuatkan drama ini menjadi fenomena penggemar drama Melayu," katanya.

Drama Titian Cinta turut dibintangi Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Demi menghargai sokongan penonton, Farah berkata dia dalam perancangan untuk menganjurkan satu sesi bertemu peminat.

Ujarnya, aktiviti sebegitu dapat merapatkan hubungan antara artis dan peminat.
"Insya-Allah, jika ada kelapangan saya ingin anjurkan acara meet and greet dengan semua penyokong dan peminat drama ini.

"Sejujurnya, saya mahu bertemu dan beramah mesra dengan mereka yang menjadi tulang belakang sepanjang tiga tahun saya berada dalam industri," ujar pelakon yang mula dikenali menerusi drama Papa Ricky ini.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Farah kini sedang menjalani penggambaran drama Adam dan Hawa 2 dan bakal memulakan penggambaran telefilem khas, Titian Cinta Raya tidak lama lagi.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.