Berita Terkini
recent

Pelakon popular teruk 'dibelasah' Jack Ma

PENGASAS platform e-dagang Alibaba, Jack Ma kini digelar seorang selebriti pula apabila muncul di layar perak.

Jack yang merupakan individu terkaya di China memuat naik sebuah filem pendek yang dilakonkan beliau, Sabtu lalu, lapor Business Insider.

Dalam filem berdurasi 20 minit itu, Jack membawa watak ahli kungfu yang menumpaskan seorang demi seorang seterunya.


Antara selebriti yang berlakon bersama Jack adalah pakar pertahanan diri, Wu Jing, pakar sumo Asashoryu Akinori, dan bintang filem aksi, Jacky Heu.

Selain itu, Jet Li dan Donnie Yen juga teruk dibelasah Jack dalam filem tersebut.

Filem diberi tajuk 'Gongshoudao' itu menampilkan Jack mempertahankan dirinya menggunakan seni mempertahankan diri tradisional Cina, Tai Chi.


Lebih menarik, pada akhir filem, selebriti dan pelakon dari Hollywood, Jason Statham dan petinju profesional Filipina, Mannya Pacquiao muncul dan mencabar Jack.

Jason dan Manny mencadangkan filem tersebut diberikan 'sekuel' pada masa akan datang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.