Berita Terkini
recent

Pelakon Indonesia, Manohara semakin langsing

NAMA Manohara Odelia Pinot pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu apabila kisah perkahwinannya dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra menjadi perbualan hangat.

Selepas pulang ke negara kelahirannya, Manohara pernah terbabit dengan sebuah filem yang menceritakan kisah peribadinya pada tahun 2009.

Selepas itu, Manohara mula menyepi dan hanya sesekali muncul di khalayak.

Kini, Manohara, 25, merupakan salah seorang bintang Indonesia yang mengalami transformasi penampilan secara positif.

Penampilannya tampak begitu langsing bak seorang model dan begitu berbeza dari masa awal-awal namanya menjadi sebutan.

Tidak ada diet spesifik, namun menurut Kapanlagi.com. Manohara hanya mengamalkan senaman dan hanya memakan sayur untuk memastikan tubuhnya langsing.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.