Berita Terkini
recent

Pelajar universiti tikam anak luar nikah guna gunting


Seorang pelajar universiti sanggup menikam bayi tak berdosa tersebut dengan gunting akibat rasa malu kerana melahirkan anak luar nikah.

Menurut laporan Warta Ekspres, pelajar Universiti Muhammadiyah Purwokerto (UMP), Fitrianti Wibowo, 20 menikam mangsa di bilik hostel yang disewa.

Perbuatan kejam suspek terbongkar selepas seorang wanita, Dian Seotiani mendengar bunyi tangisan dari bilik Fitrianti.

Dian kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pemilik hostel, Pujiati.

Pujiati dan suaminya kemudian pergi ke bilik Fitrianti dan menemui mangsa dalam keadaan kritikal di hadapan tandas.

Suspek ketika itu berada di dalam tandas.

Laporan pemeriksaan perubatan mengatakan mangsa ditikam beberapa kali menggunakan gunting sehingga terburai usus.

Beberapa kesan cakar juga ditemui di belakang bayi tersebut, dipercayai dilakukan oleh suspek.

Mangsa kini dirawat dan dijaga di hospital Magoro Soekarjo.

Sementara itu, beberapa media tempatan Indonesia melaporkan suspek maut ketika sedang menerima rawatan di hospital lain.

Siasatan masih dijalankan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.