Berita Terkini
recent

Patung Barbie Berhijab Suntik Inspirasi Kanak-kanak

Syarikat Mattel buat pertama kalinya memperkenalkan anak patung Barbie yang bertudung kepala bagi menghargai atlet lawan pedang beragama Islam Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad.

Ibtihaj merupakan rakyat pertama negara ini menyertai sukan Olimpik 2016 dengan memakai tudung ketika bertanding.

Barbie berpakaian penuh dan bertudung di bawah koleksi ‘Sheroes’ itu akan hanya memasuki pasaran secara dalam talian pada tahun depan.

"Kami amat teruja untuk menghargai @IbtihajMuhammad melalui anak patung Barbie ini. Ibtihaj terus memberi inspirasi kepada golongan wanita seluruh dunia untuk memecah tembok halangan," lapor Mattel menerusi media sosial selain turut menyertakan gambar Ibtihaj memegang anak patung tersebut.

Menerusi laman sesawang miliknya, Mattel memaklumkan, Barbie terbaharu itu merupakan ‘sumber inspirasi kepada kanak-kanak perempuan yang sebelum ini tidak yakin untuk menyertai acara sukan dan kebudayaan,’ selain berharap anak patung membuktikan bahawa kanak-kanak berkenaan mampu merealisasikan impian mereka.

Sementara itu, Ibtihaj, 31, menyifatkan anak patung yang mempunyai imej dirinya merupakan ‘mimpi jadi kenyataan’.

“Terima kasih @Mattel kerana mengumumkan saya sebagai anggota terbaharu dalam keluarga @Barbie#Shero! Saya bangga kerana kanak-kanak perempuan di mana sahaja memilih untuk bermain dengan Barbie yang bertudung,’’ tulisnya melalui Twitter.

Ini bukan merupakan kali pertama Mattel, yang kini menghadapi masalah kewangan, memberi penghargaan kepada atlet sukan Olimpik AS melalui anak patung.

Pada tahun lalu, syarikat itu mengeluarkan anak patung Barbie dengan imej ahli gimnastik Gabby Douglas yang merupakan pemenang keseluruhan individu pada Olimpik London 2012.

Pengumuman terbaharu Mattel itu dibuat ketika Jurnal The Wall Street melaporkan pesaingnya, Hasbro bercadang untuk membeli syarikat pengeluar mainan tersebut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.