Paradox ada kelainan

Penyanyi terkenal Indonesia, Isyana Sarasvati semakin mendapat tempat di hati peminat di Malaysia.

Isyana baru-baru ini hadir ke Malaysia bagi mempromosikan album keduanya, Paradox yang menampilkan 10 lagu baru.

Berbanding album pertama yang diberi judul Explore! dan dikeluarkan pada 2015, konsep Paradox ada kelainan.

“Dalam album pertama, lagunya adalah lagu curahan hati teman rapat yang melalui beberapa pengalaman dalam hidup dan cinta.

“Dalam Paradox pula, saya sendiri ‘tuangkan’ semua idea serta pengalaman dalam bentuk lagu,” katanya.

Menurut penyanyi versatil ini, Paradox juga adalah berdasarkan perjalanan hidupnya di antara usia 22 hingga 24 tahun.

“Idea ini seiring dengan berjalannya waktu. Pada usia 22 hingga 24 tahun, banyak muzik baru menjadi inspirasi saya,” katanya.

Paradox mengetengahkan kepelbagaian muzik dan antara yang disuntik adalah pop, rock & roll, R&B dan klasik.

Antara trek yang mencuri tumpuan adalah Terpesona dendangan Isyana yang turut menampilkan Gamaliel dari kumpulan GAC.

Terpesona juga menjadi lagu pertama yang ingin diberikan perhatian kerana menurut Isyana, lagu ini mampu menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Satu lagi lagu duet yang ditampilkan adalah Anganku Anganmu, kolaborasi bersama Raisa yang kini mula berkumandang di beberapa radio tempatan.
Paradox ada kelainan Paradox ada kelainan Reviewed by Kakigosip on 05:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.