Berita Terkini
recent

Pak Ngah tidak mahu campur tangan

KETIKA ini tular video penyanyi popular Mas Idayu yang dilihat memarahi Baby Shima iaitu salah seorang peserta di dalam pertandingan D'Academy Asia musim ketiga (DAA3).

Pertandingan ini berlangsung di Indonesia dan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, merupakan salah seorang peserta dari Malaysia selain One Forteen.

Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada salah seorang juri dari Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah.

Jelas Pak Ngah, sebolehnya dia tidak mahu campur tangan dalam perkara Mas Idayu memarahi peserta di khalayak ramai secara terbuka itu.

"Saya tidak tahu apa cerita sebenar yang berlaku, sebelum, semasa atau selepas kejadian tersebut.  Jadi tak berani nak komen.

"Saya pun hanya tengok melalui internet sahaja video yang tular itu.  Tapi tengok macam marah sangat, terkejut juga, tak tau apa isu sebenarnya," katanya.

             
Pak Ngah merupakan salah seorang juri dari Malaysia selain Zul 2by2.

Sementara Mas Idayu pula merupakan commentator. Tugasnya adalah memberi komen dan saranan-saranan agar para peserta menjadi lebih baik lagi dalam setiap persembahan mereka.

Bercerita mengenai Baby Shima pula, pak Ngah mengakui dia tidak langsung mengenali Baby Shima sebelum ini.

Namun selepas Baby Shima menyertai DAA3, barulah Pak Ngah nampak personalitinya sebagai artis.

"Dia cantik, menarik, boleh menyanyi, cuma untuk pertandingan yang besar seperti ini nilai, kualiti perlu lebih lagi untuk pergi lebih jauh.

"Dia juga rajin buat latihan.  Setakat ini mungkin dia kekurangan dari segi teknik.  Gagal hari ini tidak bermaksud gagal selamanya.  Mungkin pada masa akan datang jadi lebih berjaya.

"Untuk pengetahuan, Baby Shima pernah tersingkir sekali sebelum ini, kemudian dimasukkan semula melalui sistem wildcard. Jadi dari situ, kita boleh lihat sebenarnya dia ada potensi dalam diri untuk diketengahkan. Cuma mungkin belum rezekinya kali ini," jelas Pak Ngah.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.