Berita Terkini
recent

Okay, dah bayar

PENYANYI Datuk Zainal Abidin lega apabila sudah menerima bayaran tertunggak untuk persembahannya pada malam penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Zainal dalam satu kenyataan menerusi peguamnya, Mathew Thomas Philip berkata, dia mengarahkan semua tindakan yang diambil terhadap syarikat pengurusan acara Memories Entertainment dihentikan.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Hijau itu mengarahkan firma yang dilantik memfailkan saman terhadap syarikat itu bagi menuntut RM14,000 yang juga baki 50 peratus bayaran yang tertunggak.

“Memories Entertainment sudah melunaskan bayaran yang tertunggak kepada Zainal. Justeru, beliau mengarahkan firma undang-undang untuk menghentikan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

Terdahulu, isu bayaran belum dilunaskan dibangkitkan penyanyi Adibah Noor apabila dia memuat naik status mengenai perkara itu di Twitter.

Menurut Thomas, walaupun isu terbabit sudah selesai, Zainal tetap bimbang sekiranya terdapat rakan artis lain yang masih belum menerima baki bayaran pada konsert berkenaan.

“Walaupun Zainal gembira kerana perkara itu diselesaikan, dia masih bimbang dan berharap semua artis lain yang terbabit dalam persembahan itu akan dibayar.

“Ini bukan masalah wang tetapi adalah perkara prinsip untuk semua artis terbabit,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan reaksi Zainal tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.