Berita Terkini
recent

OBike, IME kerjasama sedia pengangkutan percuma

PERKHIDMATAN Basikal oBike mengumumkan kerjasama eksklusif bersama penganjur konsert terkemuka Asia, IME Production dalam menyediakan pengangkutan percuma semasa acara rasmi kedua-dua syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif IME Group, Brian Chow berkata, kerjasama ini bermula serta merta dengan pihak oBike meletakkan basikal mereka dengan tempat acara berlangsung di Malaysia, Singapura, Thailand dan Taiwan.

"Kami sangat teruja dengan kerjasama ini akan memberikan pengalaman berbeza pada acara-acaran anjuran kami.

"oBike merupakan pengendali basikan utama di Asia dan kehadiran mereka di acara kita membuatkan mereka pilihan rakan kongsi utama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

           
Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran oBike, Edward Chen berkata, kerjasama strategik ini memudahkan pergerakan penonton yang hadir ke acara anjuran IME.

"Penonton selalunya inginkan pergerakan yang mudah untuk datang ke mana-mana acara tanpa perlu risau tentang pengankutan.

"Sebab itulah, kita di oBike bertujuan untuk memperbaiki keadaan ini dan gembira apabila diberikan peluang untuk memberikan alternatif pengangkutan kepada penonton," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.