Berita Terkini
recent

Netizen Persoal Kehidupan Mewah Nam Tae Hyun

Penyanyi Nam Tae Hyun menerima kritikan selepas beliau berkongsi mengenai kehidupan yang serba mewah menerusi satu program televisyen baru-baru ini.



Pada 22 November lalu, dalam salah satu episod program Dear My Human memaparkan bintang berusia 23 tahun ini dengan bangga menunjukkan kediaman serta kereta mewah miliknya.

Sebahagian besar netizen melemparkan komen berbaur sinis sekaligus mempersoalkan bagaimana bekas vokalis kumpulan Winner ini boleh hidup senang sedangkan dia kurang popular berbanding artis Korea lain.

..

"Apa yang dia buat sampai boleh mempunyai wang sebanyak itu," tulis seorang netizen.

"Bukankah dia hanya promosi dengan Winner (II) selama beberapa bulan? Dan dia tidak populer, tidak juga tampil di acara-acara TV. Tapi mengapa dia mampu tinggal di tempat semewah itu dan memiliki kereta mewah?" soal seorang lain.

"Gila, artis yang tidak popular seperti dia mampu memiliki kereta mewah," komen yang lain.

"Dia memang punya agensi sendiri tapi bukankah lagu yang dia terbitkan tidak laku. Tapi kenapa dia mampu tampil di TV? Apa dia 'orang dalam' yang membantunya?," soal seorang lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.