Berita Terkini
recent

Najib ucap takziah kepada pemimpin MCA

Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong  Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.

"Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa tragiknya bagi Lim Swee Bok yang kehilangan anggota keluarganya. Takziah dan doa saya bersama-sama beliau pada waktu sukar ini,” kata perdana menteri dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Mangsa dalam kebakaran pada 6 pagi itu dikenal pasti sebagai isteri Lim, Chen Yen, 35, anak lelaki mereka, Yin Chun, 9, dan anak perempuan, Jia Yiin, 8, dan ibu Swee Bok, Lau Sai Poh, 62.

Swee Bok tiada di rumah ketika berlakunya kebakaran yang memusnahkan rumah kluster dua tingkat itu di Pintasan Cecil 5. Sebaik beliau tiba, anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan api.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.