Berita Terkini
recent

Mr N istimewa di hati Kaka

PENYANYI Kaka Azraff, 28, mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr N, 30.

Bagaimanapun penyanyi Bukan Hal Aku itu enggan berbicara lebih lanjut mengenai perkara itu kerana mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff berkata, lelaki itu istimewa dalam hidupnya.

“Kami mula berkawan sejak dua tahun lalu. Meskipun rapat, saya selesa menganggapnya sebagai kawan buat masa ini.

“Saya sebenarnya takut untuk bercerita lebih mengenai perkara ini. Andai ada perkara baik, saya akan kongsikan,” katanya.

Kaka akui dalam usianya kini dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumahtangga meskipun ramai rakan karibnya sudah berkeluarga.

“Adalah juga terfikir soal kahwin apabila melihat kawan sudah bergelar isteri orang tetapi mana boleh saya bandingkan hidup saya dengan mereka,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.