Berita Terkini
recent

Model Termahal Dunia Ini Tak Suka Swafoto

Model terkenal dunia, David Gandy mengakui dia sebenarnya benci apabila gambar dirinya diambil.

Model berusia 37 tahun itu memberitahu The Sun bahawa dia berasa tidak senang duduk apabila ada yang menyapa dan meminta untuk merakam swafoto.

"Tidak ramai yang tahu mengenai hal ini, tapi saya benci gambar saya diambil.

"Ia perkara paling pelik di dunia. Jika seseorang datang kepada saya dan mahu swafoto, saya jadi tidak keruan dan berasa 'Oh my God'.

"Saya tidak akan berkata tidak, tapi saya sangat tidak menyukainya," kata David.

Ketika ditanya bagaimana dia mengawal perasaan itu apabila berada di depan kamera, dia membalas,

"Kamu belajar melakukannya dan teruskan kehidupan selepas itu.

"Ia sama seperti kawan-kawan pelakon yang tidak boleh menonton diri sendiri dalam filem, saya pun begitu juga dengan gambar.

"Saya akan ... (tarik muka) apabila ada orang cakap dia pernah tengok gambar saya," katanya.

Kata David, dia lebih kerap berada di belakang kamera sejak akhir-akhir ini dan menguruskan aspek kreatif bagi kempen pakaian lelaki buat M&S.

Dia juga dianggap sebagai model lelaki termahal di dunia setelah memulakan karier dalam bidang tersebut selepas memenangi pertandingan peragaan Richard and Judy’s This Morning pada 2001.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.