Merajuk ditegur, budak 8 tahun terjun bangunan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas terjun dari tingkat sembilan Blok E Apartment Greenfield Regancy, Tampoi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak itu terjun dari tingkap rumahnya selepas dimarahi ibunya.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang merajuk dan mengurung diri di dalam bilik akibat ditegur ibunya kerana buat bising di rumah.

“Bagaimanapun, ibunya tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan anaknya nekad terjun dari tingkap rumah,” katanya hari ini.

Mohd Taib berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan.
Merajuk ditegur, budak 8 tahun terjun bangunan Merajuk ditegur, budak 8 tahun terjun bangunan Reviewed by Kakigosip on 05:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.