Berita Terkini
recent

'Masih ingat lirik'

PENYANYI kumpulan May, Mus mengakui daya ingatannya masih lemah selepas dia dikomakan akibat demam panas pada Julai lalu.

Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din berkata, buat masa ini dia mengambil masa untuk mengingati semula beberapa perkara yang berlaku terhadap dirinya.

"Kawan yang sudah lama saya kenal pun saya boleh lupa. Kalau jumpa berdepan memang kena ambil masa untuk ingat .

"Lebih teruk, apabila masuk studio rakaman saya sudah lupa alat-alat muzik yang perlu saya mainkan. Mujur ada pembantu di studio yang akan menguruskan alat muzik dan teknikal di studio. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran untuk mengingati jalan yang biasa digunakan. Jadi, saya akan membawa pembantu peribadi menemani saya sepanjang masa.

"Boleh dikatakan, segala perkara yang berlaku setahun hingga dua tahun lalu banyak yang saya tak ingat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mus, doktor memberitahu kehilangan sebahagian ingatan adalah kesan daripada rawatan ketika dikomakan dan akan berlanjutan selama enam bulan.

Buat masa ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cintamu Mekar Di Hati dan Sendiri itu perlu menunggu selama lebih tiga bulan sebelum ingatannya kembali pulih sepenuhnya.

“Tindak balas ubat yang diambil sekarang ini juga membuatkan sebahagian ingatan saya lemah. Buat masa sekarang, saya ikut sahaja arahan doktor untuk mengambil ubat dan menjaga pemakanan,” katanya.

Mus berkata, dia bersyukur kerana di sebalik kehilangan sebahagian ingatan dia masih boleh bekerja dan menerima undangan nyanyian.

“Alhamdulillah, saya masih boleh bekerja dan mampu mengingati setiap lirik lagu May dengan baik. Mungkin sebab lagu itu sudah hadam lama dalam ingatan,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.