Berita Terkini
recent

Masih diberi kepercayaan

Pelakon Nad Zainal, 30, menafikan popularitinya merudum selepas berkahwin seperti dakwaan segelintir pihak.

Menurut pelakon yang tercalon dalam senarai Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2017, baru-baru ini menerusi drama Mencari Sebuah Keredaan, tawaran berlakon juga tidak putus diterima selepas tujuh bulan berehat sebaik melahirkan anak.

“Saya sudah kembali ke lokasi penggambaran program travelog Citarasa Malaysia ketika anak berusia dua bulan.

“Selepas itu, saya terbabit dengan beberapa projek drama untuk stesen televisyen tempatan. Antaranya telefilem Dosa Perempuan dan Menanti Kiamat Tiba.

“Jika populariti merudum atau sudah tidak laku, kenapa saya masih diberi kepercayaan bawa watak heroin sampai sekarang?

“Terbaru, saya bergandingan dengan Johan A’sari dalam drama Jurnal Suraya yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi,” katanya.

Namun, Nad me­ngakui kurang mendapat publisiti daripada media ketika ini.

“Selepas berkahwin, fokus saya pada karier seni, perniagaan dan rumah tangga. Saya juga tidak dikaitkan dengan sebarang kontroversi seperti sebelum berkahwin.

“Sebab itu tidak banyak cerita mengenai diri saya di media sosial sekarang,”katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faliq, Nad dikurniakan seorang anak lelaki Fahad Ibrahim.

Kata Nad, hidupnya lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin.

“Tiada lagi gelaran ‘playgirl’ atau ‘bad girl’ seperti zaman solo dulu. Pada usia sekarang, sampai masanya saya fokus pada masa depan dan membina keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai watak pula, Nad lebih selektif dalam bidang lakonan selepas sedekad dalam bidang itu.

“Saya tidak memilih pelakon atau pengarah tetapi lebih kepada skrip yang bagus dan watak dilakonkan.

“Jiwa saya juga lebih kepada watak berat sekali gus beri kepuasan pada diri dan penonton,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.