Berita Terkini
recent

Mariah batal konsert Krismas

Walaupun sudah berjanji akan tampil dengan konsert Krismas, nampaknya Mariah Carey, 47, terpaksa akur ia tidak dapat dilakukan akibat mengalami jangkitan pernafasan.

Penyanyi lagu All I Want for Christmas Is You itu sendiri memaklumkan kepada peminatnya mengenai berita berkenaan di Twitter.

Walaupun kecewa, dia tetap bergurau.

“Nampaknya saya terima hadiah Krismas lebih awal iaitu jangkitan pernafasan selepas diserang selesema minggu lalu,” katanya.

Namun, dia perlu reda dengan perkara itu dan mengambil nasihat doktor jika mahu sembuh sepenuhnya.

“Anda tahu tiada perkara menyeronokkan selain membuat persembahan pada musim Krismas. Bagaimanapun, saya perlu mematuhi arahan doktor untuk berehat hinggalah boleh kembali menyanyi,” katanya.

Mariah dijadualkan mula membuat persembahannya di The Colosseum, Caesars Windsor, Ontario, Kanada.

Bagaimanapun, maklumat terbarunya di laman web mengatakan dia akan hanya memulakan konsert di Beacon Theatre, New York, Amerika Syarikat (AS) pada 27 November. Siri konsert itu sepatutnya berakhir di Colosseum, Las Vegas pada 22 Disember.

Menurutnya, beberapa konsert tambahan juga terpaksa dibatalkan, namun berharap akan dapat bertemu dengan peminatnya secepat mungkin.

Pemulangan wang tiket peminat kini dilangsungkan untuk konsert yang dibatalkan.

Pengumuman pembatalan konsert di Sands Bethlehem Events Center, Pennsylvania, AS pada 20 November belum dibuat.

Bagaimanapun, peminat tegar penyanyi berkenaan cukup memahami dan menyokongnya tanpa henti.

Mereka turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan dia sembuh secepat mungkin.

Minggu ini, Mariah juga bakal melancarkan sebuah lagu berkonsepkan Krismas berjudul Lil Snowman yang menjadi lagu runut bunyi untuk filem animasinya sendiri, All I Want for Christmas Is You.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.