Berita Terkini
recent

'Mana ada 'couple' lah!'

PELAKON popular Pekin Ibrahim terkejut apabila dikatakan kembali bercinta dengan bekas tunangnya, pelakon Uqasha Senrose seperti dilaporkan sebuah portal hiburan semalam.

Pekin ketika dihubungi berkata, dia menafikan perkara itu dan tidak tahu dari mana mereka mendapat sumber itu.

Menurutnya, dia dan Uqasha sekadar berlakon bersama dalam filem Hantu Kak Limah 2 arahan Mamat Khalid.

Dalam filem itu juga tidak ada babak yang memerlukan mereka berlakon bersama.

"Itu semua tak betul. Siapa yang buat cerita pun saya tak tahu. Saya baca artikel itu dan bagi saya ia tak masuk akal. Mujur penggambaran masih baru, jika tidak mesti banyak spekulasi timbul. Bahaya juga artikel begitu.

"Memang kami berlakon dalam filem sama, tetapi tidak ada babak bersama. Lagipun saya hanya terbabit dalam dua babak saja dan tidak berjumpa langsung dengan Uqasha,” katanya.

Dalam masa sama, Pekin menegaskan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Uqasha kerana antara mereka sudah tidak mempunyai sebarang kaitan.

"Saya tak ada masalah kalau berjumpa dengan Uqasha di lokasi. Cuma apabila timbul cerita begini, jadi tak menarik. Kami pun sudah ada kehidupan masing-masing," katanya.

Pekin mengakui dia masih bersama dengan kekasihnya iaitu seorang model dan pelukis berusia 24 tahun.

Pekin dan Uqasha mula bercinta pada Februari 2013 sebelum bertunang pada 6 Julai tahun yang sama.

Bagaimanapun, mereka putus tunang pada Februari 2014.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.