Berita Terkini
recent

Maisarah Ukulele tidak mudah mengalah

NAMANYA masih belum dikenali ramai. Masih mencari-cari ruang dan peluang untuk menempatkan diri dalam kalangan penyanyi popular di negara ini.

Namun, selama mana masa diambil gadis cantik ini, selama itu dia tidak akan berhenti mencuba.

Maisarah Mohd Faizal, baru berusia 16 tahun. Lagunya Oh Si Kacak sudah mula diputarkan di corong-corong radio tempatan menjadi penanda aras untuknya.

Kelainan dengan menyanyi sambil bermain ukulele memberi kelebihan buat gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

"Saya masih mencari tempat untuk meletakkan nama saya. Tapi, jika orang lebih mengenali lagu berbanding diri saya, itu tidak menjadi hal besar asalkan muzik saya dikenali," katanya.

Menurutnya, dengan lambakan penyanyi yang ada kini, tidak mudah untuknya bersaing.

"Saya akan terus bergerak dengan muzik saya. Tetapi, pembaharuan pasti akan mengambil masa," katanya.

             
Mula menyanyi sejak kecil Maisarah kini sudah pun mempunyai tiga 'single' sejak dua tahun lalu.

Antara lagu-lagu tersebut adalah Tak Mungkin Sendiri dan Prasetia.

“Dua lagu saya kurang mendapat sambutan mungkin kerana promosi yang kurang memandangkan saya masih baru dan bersekolah.

“Memasuki lagu ketiga, saya sudah tahu apa nak buat, Alhamdulillah lagu yang saya cipta sendiri ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.

Tidak mahu terus tenggelam dengan lambakan penyanyi baharu lain, Maisarah dan pengurusannya sudah menyusun strategi bagi memastikannya terus dikenali.

“Saya masih mencari tapak dan ini adalah proses pembelajaran untuk saya. Bukan mudah nak buat orang suka dengan muzik kita. Tapi saya yakin, suatu hari nanti, lagu-lagu saya akan diterima.

“Saya nak tumpu pada sekolah dulu. Buat masa ini, menyanyi hanya pada waktu lapang dan juga cuti hujung minggu. Saya hanya akan betul-betul memberi tumpuan apabila tamat sekolah pada hujung tahun hadapan,” ujarnya.

Boleh bermain ukulele sejak kecil, Maisarah mahu terus menghasilkan lagu-lagu yang boleh memberi inspirasi kepada remaja seusianya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.