Berita Terkini
recent

Mahu bikin karya khas untuk OKU

PENGARAH dan penerbit filem, Ahmad Idham berhasrat menghasilkan sebuah karya berteraskan elemen pendidikan khas buat golongan OKU.

Katanya, karyanya itu lebih bersifat memberi inspirasi kepada golongan ibu bapa di luar sana dalam mengendalikan kanak-kanak OKU.

"Saya tak nak buat karya yang lebih kepada menagih simpati orang lain.

"Saya mahu karya itu mencetus inspirasi sekali gus memberi kesedaran," katanya pada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, selebriti berusia 45 tahun berharap karya itu dapat disiapkan sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia, menjelang April nanti.

"Saya mungkin akan membuat tiga cerita dalam satu karya yang melalui latar permasalahan berbeza tapi masih berpusat pada satu.

"Semua cerita itu pula berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan serta ibu bapa lain.

"Malah, saya sendiri ada hampir 100 case study mengenai permasalahan ini," katanya pemilik sekolah khas, Eden Firdaus Special Need Centre, yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi bertaraf antarabangsa untuk golongan OKU, sejak tahun lalu.

Secara tidak langsung, katanya, karya tersebut dapat memberi pendedahan sebenar terutamanya kepada ibu-bapa dalam menjaga anak-anak istimewa.

"Apabila orang menontonnya, mereka akan ada ilmu bagaimana mahu mengendalikan anak-anak OKU.

"Apakah mekanisme atau langkah pertama yang harus dilakukan, umur sesuai untuk mengenal pastinya serta diperhatikan apabila mempunyai anak istimewa," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.