Berita Terkini
recent

Mahkamah Keadilan, Amy Sofea dinobatkan teater terbaik

FESTIVAL Teater Kuala Lumpur Selangor 2017 (FTKLS 2017) melabuhkan tirainya dengan mengangkat naskhah Mahkamah Keadilan dari kumpulan Tronoh Theatre Shop Kuala Lumpur  sebagai Johan mewakili Kuala Lumpur, manakala Amy Sofia dari kumpulan Puteh Pro pula Johan bagi negeri Selangor .

Kemenangan ini sekaligus melayakkan kedua-dua kumpulan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500, hamper buku dan sijil.

Selain dinobatkan sebagai johan negeri Selangor, naskhah Amy Sofia turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Sementara tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Panji Seni Titian 9th (Kuala Lumpur) menerusi naskhah Penglipur Lara dan kumpulan Anomalist (Selangor) dengan naskhah berjudul Setanggi Serapah.

Manakala kumpulan Dramatis Studio (Kuala Lumpur) dan kumpulan B.A.K.A.T MY (Selangor) pula hanya berpuas hati di tempat ketiga di mana masing-masing tampil dengan naskhah Bangsa Koyak dan Ter…?.

Johanfestival teater negeri akan dinilai pada peringkat seterusnya untuk dipilih dalam kelompok enam kumpulan terbaik sebagai finalis Festival Teater Malaysia yang akan berlangsung pada tahun depan.

FTKLS2017 yang berlangsung meriah selama 22 hari, bermula 19 Oktober hingga 11 November di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) ini menyaksikan penyertaan 22 kumpulan dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Buat julung kalinya, 2017 menyaksikan JKKN WPKL dan JKKN Selangor bergabung dalam melaksanakan festival teater secara bersama.

Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli,Tan Seri Norliza Rofli, menyifatkan FTKLS2017  sebagai platform terbaik kepada penggiat seni teater untuk mementaskan karya serta bakat mereka.

“FTKLS2017 harus menjadi medan medan pertemuan para penggiat seni untuk saling bertukar pandangan serta idea untuk pembangunan teater tanah air.

“Strategi menyatukan Kuala Lumpur dan Selangor dan satu festival juga telah berjaya menghidupkan 22 malam pementasan dengan sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penonton,” katanya.

Malam Gala FTKLS2017 turut diserikan dengan penglibatan pelakon terkenal baru dan lama sebagai penyampai anugerah. Antaranya ialah Sherry AlHadad, Mubarak Majid, Fimie Don, Juhaya Ayob, Anding Indrawani, Kamaruzaman Taib (CheKem), Fikree Bakar, Rosli Rahman Adam dan lain-lain.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.