Berita Terkini
recent

'Maaf nikah hanya untuk keluarga sahaja'

PASANGAN Fattah Amin dan Nur Fazura mengesahkan bakal bernikah pada tahun ini.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media khas yang diadakan hari ini.

"Kami akan bernikah tahun ini. Kami akan menjalani proses yang sama dengan orang lain.

"Kursus dan pendaftaran perkahwinan...semua sama. Cuma pada majlis itu nanti hanya akan diadakan secara tertutup untuk keluarga sahaja. Itu permintaan keluarga," kata Fattah.

Pasangan yang baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah itu akan mengadakan majlis resepsi pada tahun hadapan.

"Satu untuk keluarga dan satu lagi untuk peminat. Kami tak akan sorok perkara baik. Kami memang akan berkongsi perkara baik kepada semua terutama peminat," kata Fattah.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta selepas digandingkan bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.