Berita Terkini
recent

Lee Min Ho, Suzy Putus Selepas Dua Tahun

Pasangan ideal Lee Min-ho dan Suzy disahkan berpisah setelah dua tahun bercinta, lapor media Korea Selatan, Sport Chosun.

Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi kedua-dua selebriti tersebut menerusi satu kenyataan.

"Ya, Suzy dan Lee Min Ho telah berpisah. Kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk kekal bersahabat dalam industri," tulis JYP Entertainment (agensi Suzy).

Sementara tu, menurut MYM Entertainment yang merupakan agensi Lee Min-ho, berita perpisahan tersebut benar dan puncanya adalah peribadi, justeru diharap semua peminat memahaminya.

Kisah cinta pasangan ini mula kecoh sekitar Mac 2015 namun mereka jarang mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai.

Terdapat spekulasi bahawa mereka berpisah kerana jadual yang padat memandangkan kedua-duanya merupakan nama besar di Korea.

Suzy merupakan ahli kumpulan Miss A dan pelakon, antara drama lakonannya adalah While You Were Sleeping Uncontrollably Fond dan Dream High, manakala Lee Min-ho pula popular dengan drama Legend of the Blue Sea, The Heirs, Boys Over Flower dan City Hunter.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.