Berita Terkini
recent

Lakonan Nadia Aqilah tarik perhatian tokoh bangsawan

MESKIPUN naskhah Dendam Laksamana yang dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 10-12 November lalu merupakan penampilan pertama pelakon Nadia Aqilah dalam persembahan bangsawan, penampilannya membawakan watak Wan Anum mendapat pujian pelbagai pihak.

Bukan sahaja tampil dengan lakonan yang hebat, namun Nadia turut mencuri perhatian dengan nyanyian dan gerak tarinya yang terlihat begitu sempurna di pentas.


Dari malam pertama pementasan sehinggalah ke malam terakhir, Nadia mendapat perhatian penuh penonton, malah turut mendapat standing ovation setiap kali tamat persembahan.

Menariknya, tokoh bangsawan 2016, Morad Ibrahim, 82, yang turut menonton naskhah arahan Pat Ibrahim ini secara jujur mengakui sangat tertarik dengan bakat Nadia dan menyuarakan hasratnya secara terbuka untuk menawarkan Nadia bekerjasama dengannya selepas ini.

“Rasa terharu apabila orang lama, khususnya tokoh bangsawan seperti Pak Morad, nampak usaha yang kami lakukan di atas pentas.

“Mungkin ia bukan yang terbaik, namun apabila mendapat respon yang positif dari penonton, ia memberikan kami semangat untuk memberi yang lebih baik pada masa yang akan datang,” katanya.

Nadia sebelum ini cukup sinonim di pentas muzikal menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical, Terima Kasih Cinta, Chow Kit Road The Musical, Sekuntum Mawar Merah, Mencari Sumaiyah dan lain-lain.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.