Berita Terkini
recent

Lagu nyanyian Achey capai 1 Juta 1 Minggu

SEMINGGU dimuat naik ke laman YouTube, lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal, Achey berjudul Yang Terindah kini sudah menerima sejuta tontonan.

Lebih membanggakan video tersebut kini berada di kedudukan #11 trending di YouTube.

Menurut Achey, dia bersyukur lagu yang dibuat khas untuk isterinya, Nur Hasanah Yahaya itu mendapat maklum balas positif peminat.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka dengan sambutan luar biasa peminat kerana ini merupakan percubaan pertama saya memasuki bidang nyanyian.

“Lagu ini pula saya buat khas tentang perjalanan rumah tangga kami yang terbina selama enam tahun. Tapi jika didengar semula, ia bukan hanya berkisar tentang seorang wanita, tetapi membawa maksud lebih meluas,” ujarnya.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk siapkan lagu berkenaan. Susunan muzik lagu tersebut disempurnakan oleh Zimi Sofazr.

Dalam pada itu, Achey turut berharap agar peminat-peminatnya membuat permintaan lagu berkenaan di radio-radio tempatan.

“Kepada peminat atau pendengar yang suka lagu ini, saya harap anda buat permintaan dan undi lagu ini di radio-radio kegemaran anda,” katanya.

Lirik video Yang Terindah diterbitkan Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn Bhd.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.