Berita Terkini
recent

Lady Gaga Dikhabar Bertunang

LAPAN bulan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki bernama Christian Carino, penyanyi Lady Gaga kini dikhabarkan sudah pun bertunang secara rasmi.

Seperti dipetik US Magazine, Gaga dan Carino mengadakan majlis pertunangan itu secara tertutup pada bulan lalu.

Khabar bahagia itu diberitahu oleh seorang sumber menerusi sebuah wawancara dengan UsWeekly.
Sumber mendedahkan lelaki berusia 48 tahun itu sudah bertemu dengan bapa Gaga dan melamar wanita itu.

Bagaimanapun, perkara itu dirahsiakan kerana keadaan kesihatan Gaga yang masih terjejas akibat diserang fibromyalgia iaitu gangguan pada saraf dan otot.

Akibat penyakit yang dialami itu, Gaga menunda konsertnya di Eropah.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.