Berita Terkini
recent

Kongsi Harga Minyak Global, Fathia Terima Padah Lagi

Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon kontroversi Fathia Latiff sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna laman sosial Twiiter, kali ini gara-gara dia berkongsi mengenai senarai perbandingan harga minyak beberapa negara di dunia termasuklah Malaysia.

Ternyata perkongsian Fathia itu mendapat pelbagai reaksi negatif netizen sekaligus rata-rata mendakwa bintang drama Ariana Rose sengaja mencari publisiti murahan dan tidak habis-habis 'menayangkan' kebodohannya.

Apatahlagi senarai perbandingan tersebut bukanlah senarai terkini sebaliknya senarai yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Justeru, ramai pengikut yang kecewa dan secara sinis menyarankan agar Fathia membuat kajian, belajar mengenai ekonomi dan memperbanyakkan bacaan terlebih dahulu sebelum berkongsi satu-satu fakta atau pandangan yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Status itu turut mendapat lebih 600 komen negatif netizen dan lebih 600 'likes'.

Ini bukan kali pertama Fathia dilabel sebagai pelakon yang tidak bijak walaupun umum mengetahui dia mempunyai latarbelakang pendidikan yang bagus. Sebelum ini bekas penuntut lulusan undang-undang ini teruk dikecam netizen ekoran isu 'tanya PM tak pergi Penang', isu 'cashless' dan kontroversi dia menari di aplikasi Bigo Live.

Barangkali niat Fathia baik dan sekadar mahu sama-sama menyatakan pandangan mengenai isu semasa kenaikan harga petrol dan diesel yang membebankan rakyat.

Namun diharapkan selepas ini Fathia akan lebih berhati-hati dan berfikir dengan lebih mendalam sebelum berkongsi pandangannya.

Jangan nanti kalau orang sudah semakin muak dengan sikap kurang bijaknya, terus membawa pula kepada rasa benci dan secara tidak langsung memusnahkan reputasinya sebagai seorang pelakon berbakat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.