Berita Terkini
recent

Komposer A Ali cari bakat baru

KOMPOSER 'otai' Hamdan Atan atau lebih dikenali sebagai A Ali, kini mencari bakat penyanyi baharu untuk peluang merakamkan lagu ciptaannya.

Pencarian bakat berkenaan bakal dilaksanakan dengan penganjuran pertandingan karaoke sempena Karnival Mega Rakyat Setiawangsa 2017 yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 November depan.

A Ali, berkata, seramai 200 peserta disasarkan sepanjang empat hari berlangsung karnival berkenaan yang akan diadakan di Taman Tasik Sri Rampai di sini.

"Pendaftaran masih dibuka. Selain hadiah wang tunai, mereka berpeluang merakamkan lagu ciptaan saya sekiranya saya dapati sesuai," katanya.

Menerusi A Ali Melody Production Entertaiment, pihaknya juga bertanggungjawab menguruskan acara persembahan pentas pada karnival itu.

Pelbagai persembahan daripada artis terkenal bakal disajika kepada pengunjung.

Sementara itu, karnival yang dianjurkan buat tahun ke empat berturut-turut itu juga bakal menampilkan kelainan dengan penganjuran Pesta Makanan Nusantara yang dikelola oleh Majlis Belia Kawasan Setiawangsa.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.