Berita Terkini
recent

Kim bakal lahir bayi perempuan

Bintang realiti Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West mengumumkan bakal menerima cahaya mata perempuan menerusi ibu tumpang awal Januari depan.

Selepas melahirkan anak kedua, Saint West, 2, bintang realiti Keeping Up With The Kardashians ini mengalami masalah komplikasi serius pada rahim dan dinasihatkan supaya tidak hamil lagi.

Disebabkan itu, Kim terpaksa menggunakan khidmat ibu tumpang jika mahukan anak lagi.

Kim berkata, anak perempuan sulungnya, North West, 4, antara yang paling teruja apabila mereka bakal menerima adik perempuan.

“North sangat gembira. Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepadanya setiap pagi apabila masuk ke bilik tidur saya, kemungkinan dia akan melihat saya bersama adik perempuannya. Ini kerana, saya perlu memberikannya makan.

“Saya terangkan terlebih awal supaya dia faham dan tidak berasa cemburu,” katanya dalam satu temu bual dalam program bual bicara The Ellen DeGeneres Show.

Menurut Kim, sehingga kini dia belum menemui nama yang sesuai untuk anak perempuannya itu.

Kim berkata, keluarganya juga sudah mula panik apabila dia dan Kanye belum mempunyai nama anak.

“Saya bakal mengadakan majlis ‘baby shower’ dan kali ini mahu acara dibuat sedikit berbeza apabila tiada permainan. Sebaliknya setiap tetamu yang datang perlu menulis nama yang secocok untuk anak perempuan saya nanti.

“Sebenarnya saya dan Kanye sudah mula panik apabila belum mempunyai nama anak,” katanya.

Menurut Kim, North bercadang memberikan nama adiknya, Star. Dia menyukai nama terbabit kerana turut memberikan nama sama untuk mainannya.

“Saya tidak berapa gemar apabila North mahu menamakan adiknya Star. Saya membantah pilihannya itu. Ini kerana saya suka nama yang unik, pendek dan mudah diucapkan,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.