Berita Terkini
recent

Kesal Dituduh Bertudung Kerana Ikut Trend

Pelakon dan model iklan, Sarah Hildebrand menegaskan keputusannya tampil dengan imej berhijab sejak setahun lalu dibuat dengan hati yang ikhlas dan bukan kerana trend seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menyifatkan komen tersebut sebagai paling mengarut pernah diterimanya di laman sosial justeru dia terpanggil untuk menjawab tuduhan itu.

"Sebelum ini apa sahaja kata-kata negatif dilemparkan saya tidak pernah sekali pun ambil peduli atau ada inisiatif untuk menjawab tuduhan terhadap saya.

"Tetapi apabila ia menyentuh tentang tindakan dan tujuan saya memakai tudung memang saya berasa marah apatah lagi dakwaan itu fitnah.

"Siapa mereka untuk berkata demikian? Jangan sesuka hati membuat komen jika tidak tahu mengenainya," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Walaupun pernah berasa marah dengan tuduhan dilemparkan, pun begitu gadis kacukan Melayu-Inggeris berusia 27 tahun ini tidak pernah tergugat dengan tuduhan sebegitu.

"Alhamdulillah, dalam dugaan itu sebenarnya lebih banyak manisnya perubahan dilakukan dan bersyukur saya terus istiqamah dan lebih yakin dengan diri.

"Sebelum memakai tudung pun, saya bukanlah seorang yang gemar berpakaian seksi dan apa yang saya lakukan adalah kerana tuntutan agama," ujarnya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.