Berita Terkini
recent

Kereta Mewah Hanya Pinjaman

Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid, 27, menafikan dia dan bakal isterinya pelakon Izara Aishah menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah berharga RM1 juta sempena perkahwinan mereka.

Memetik laporan Kosmo! Adib, 27, memberitahu, kereta mewah Rolls Royce model Phantom itu hanya dipinjamkan oleh abang sulungnya, Anas Khalid untuk digunakan sempena majlis perkahwinan mereka.

"Kereta tersebut bukan hadiah kahwin sebaliknya sebagai pinjaman sahaja untuk kami melakukan penggambaran sebuah program perkahwinan bagi siaran Astro.

"Ia diberi pinjam oleh abang saya, Anas untuk tujuan itu selain akan digunakan untuk perkahwinan kami sehingga selesai semua majlis," jelasnya.

Kata Adib lagi, berlaku salah faham dengan laporan berita tersebut kerana adiknya Asyraf Khalid yang memuat naik video di aplikasi Insta Story telah bergurau dengan mengatakan ia adalah hadiah perkahwinan mereka.

..

"Saya dan Izara sendiri pun tidak ada kongsi apa-apa video atau gambar di Instagram.

Cuma Asyraf sahaja yang memuatnaiknya dan dalam video itu dia sekadar bergurau dengan mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat hadiah kereta," katanya.

Adib dan Izara akan bernikah pada hari ini manakala resepsi pula diadakan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.