Berita Terkini
recent

Kerana minat, mula beratur sejak seminggu lalu

WALAUPUN mengetahui bahawa jualan tiket 'Wanna One 1st Fan Meeting in Malaysia' bermula hari ini, ia tidak menghalang beberapa peminat fanatik untuk mula beratur seawal seminggu yang lalu.

Berikutan gusar tidak mendapat tiket yang diingini membuatkan peminat mengambil tindakan sedemikian.

Pekarangan pusat membeli belah Empire City, PJ hari ini turut dipenuhi dengan para peminat fanatik grup tersebut malah kawasan tersebut mula dipenuhi orang ramai sejak awal pagi walaupun kaunter tiket dibuka pada jam 11 pagi.

Sementara itu, grup yang terhasil daripada program realiti televisyen Korea Selatan, Produce 101 itu turut memecahkan rekod apabila menjadi kumpulan Kpop terpantas yang tiketnya 'sold out'.


Ketika jualan tiket berlangsung, turut menyaksikan tiket untuk 'rockzone' dan VIP habis dengan begitu pantas sekali.

Dalam pada itu, jualan tiket secara atas talian hanya berlangsung selama 10 minit sebelum habis dijual.

Para peminat yang berputih mata mula menggesa agar pihak penganjur menyediakan tempat yang lebih besar atau hari kedua supaya lebih ramai peminat dapat berjumpa selebriti kesayangan mereka itu.

Bagaimanapun, terdapat tentangan daripada peminat lain kerana jadual grup tersebut yang ketat akan membuatkan ahlinya kepenatan.

"Hari kedua bukanlah satu idea yang baik, mereka akan negara lain keesokan harinya jadi perlu rehat yang secukupnya.

"Mereka bukan robot, ingat tu," tulis pengguna Twitter, Hani.

Turut menyokong adalah pengguna Twitter, JaehwanAegyo.

"Kepada semua Wannable Malaysia (Kelab Peminat), jangan minta hari kedua fan meeting pada penganjur.

"Ingat Wanna One ada jadual lain, tentu mereka keletihan," katanya pula.

Hashtag #WannaOneinKL sudah mula menjadi trending di Twitter sejak beberapa hari lalu dan kini peminat yang tidak berjaya membeli tiket muka meluahkan kesedihan mereka di laman tersebut.

Ahli grup tersebut terdiri daripada Kang Daniel, Lai Kuan-lin , Hwang Min-hyun,Lee Dae-hwi,Bae Jin-young, Ha Sung-woon,Park Woo-jin, Yoon Ji-sung, Ong Seong-wu, Kim Jae-hwan dan Park Ji-hoon bakal mengadakan majlis bertemu peminatnya bertempat di Stadium Negara pada 19 Januari depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.