Berita Terkini
recent

Kena ikut trend - Ajai

KALI ini, komposer dan penyanyi baru dilihat lebih mendominasi penyertaan Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Perkara itu turut diakui oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai yang melihatnya dari sudut pandangan positif.

“Yes, ia satu perkembangan yang bagus.

“Mereka adalah pelapis dan ia juga menandakan industri kita semakin pesat,” katanya pada Sinar Harian.

Jelasnya, industri muzik boleh disifatkan sebagai bidang fesyen dan ia akan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.

“Jadi, kita juga kena ikut trend dan akur dengan kehendak fesyen.

“Lihat saja, macam mana penerimaan orang luar terhadap industri sekarang? Sering berbeza,” katanya.

Tidak dinafikan, katanya, hari ini, peminat lebih terarah pada irama muzik 90an.

“Kalau bercerita pasal kualiti, mereka yang profesional ada pemikiran sendiri, tapi kalau dilihat keseluruhan, itulah yang orang minat.

“Lihat saja masa saya pada zaman Exist, datanglah grup apa pun, orang tetap akan cari. Jadi, ia akan recycle semula,” katanya.

Tahun ini, Ajai sekali lagi melangkah ke pentas AJL menerusi dua lagu ciptaannya iaitu Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhirnya Cinta, nyanyian Salma dengan lirik Slen.

“Sebenarnya, bila saya buat lagu, saya tak fikir nak masuk apa-apa pertandingan.

“Bagi saya, muzik is about sharing, saya cuma ikut apa yang orang nak sekarang ini.

“Tapi, saya seronok bekerja dengan orang-orang yang saya kategorikan sebagai insan seni berbakat besar,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.